Pekeliling Gaji Baru SSM 2012 JPA 30 Mac Dah Keluar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Kenaikan Gaji 13%

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Jom semua penjawat awam baca pekeliling baru SSM…

Penggiraan gaji terbaru 1.1.2012 individu pun ada,

Nak tahu berapa gaji anda, jom kira disini http://docs.jpa.gov.my/ssm/

Iklan: Jawatan Pensyarah di IPG

Sukacita dimaklumkan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, menawarkan beberapa jawatan kosong bagi pegawai-pegawai pendidikan. Berikut adalah maklumat-maklumat jawatan yang memerlukan pengisian.

Syarat Pemohonan:

Pensyarah (PPPS DG44-DG54)

  1. Berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun;
  2. Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan, Penilaian dan Penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang yang berkaitan;
  3. PPP Siswazah Gred DG41 yang tempoh perkhidmatan telah melebihi 3 tahun, dibenarkan memohon jawatan Pensyarah (Memangku DG44) di Institut Pendidikan Guru;
  4. Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mac  2012

Jadual Gaji SSM 2012 Gred 41, 44, 48, 52 dan 54

Setelah hangat dibahaskan mengenai post jadual gaji matriks SSM 2012 dalam blog aku. Kini aku rasa ada kebenarannya juga sebab merujuk kepada video “Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Putrajaya pada 8hb Mac 2012″ dalam pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib kepada penjawat awam. Pada minit ke 29:00 video tersebut Perdana Menteri ada memberitahu bahawa

“Struktur gaji SSM dari Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1 hingga 54 ditetapkan diantara RM80 hingga Rm320 mengikut gred”

Maka dengan ini saya membuat spekulasi awal bahawa tangga gaji SSM baru bagi Jadual Gaji Minimum Maksimum adalah seperti berikut:-

SITUASI 1

Mari kita lihat pada kes yang saya highlightkan tu, katakan pada 1hb Januari 2012, Gaji SSM anda sebagai contoh P1T10 ialah RM 2509.90

Maka kenaikan 13% X RM2509.90 = RM2836.19 (maka kemungkinan ini gaji baru anda pada KGT 1hb Januari 2012) dan tahun berikutnya barulah dinaikkan RM225 bagi gaji tahun 2013.

SITUASI 2

Mungkin juga pengiraan begini. Pada akhir Disember 2011. gaji terakhir anda ialah pada P1T9 iaitu RM2419.45

Maka kenaikan 13% bagi gaji ini ialah RM2733.98, oleh demikian disebabkan pergerakkan gaji tahunan (PGT) anda berlaku pada 1hb Januari 2012. Maka RM2733.98 + RM225 (PGT Jan 2012) = Gaji yang sepatutnya anda terima pada Januari 2012 ialah RM2958.98

Oleh yang demikian, jika dibandingkan antara Situasi 1 dan Situasi 2, nampaknya Situasi 2 lebih memberikan sedikit keuntungan kepada Penjawat Awam. Jadi sama-samalah kita tunggu jadua gaji minimum maksimum yang sebenar dari JPA

GRED 41

Sumber Mat Kedah

Tangga Gaji SSM 2012

Selepas pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak kat PICC mengenai pembatalan SBPA dengan mengekalkan SSM yang diPERTINGKATKAN. Aku telah come out dengan Jadual Matrik Gaji SSM Gred 41 yang baru.

Menurut PM, Penjawat awam dalam gred 1-54 akan diberikan kenaikan 13% dan atas kenyataan beliau aku dapat simpulkan seperti dibawah.

Jadual diatas hanyalah dari pengiraan LOGIK saya sendiri. Jika ada ralat dengan jadual gaji matrik yang dikeluarkan oleh JPA harap maaf yer… Wassalam.

 

Sumber dari Mat Kedah

 

SBPA BATAL!! MAKLUMAT TERPERINCI!! Keputusan KERAJAAN

1. Kerajaan ambil keputusan, SBPA dibatalkan!!!!ssm ditambah baik

2. Penubuhan suruhanjaya, semua pihak berkepentingan, kaji SSM PA BARU

3. Selaras komitmen kerajaan: pelarasan gaji berdasar SSM ikut %


13% PNP+PELAKSANA 1-54
9% Utama c b a
8% turus 3 2
7% untuk 1 dan KSN

4. SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54, 80-320 ikut gred

(update warga cg:jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan…

dorang xde sistem min – max mcm gred 1-54 )..

5. bantuan sara hidup kawasan b naik dari 200 ke 250 sebulan,
kawasan c RM100 ke RM150 sebulan

insentif BIPK, BIW, BIP dan BISP dikekalkan

guru2: kekal penambahbaikan laluan kerjaya T based bajet 2012

 

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012

Media Cuepacs
2/3/2012

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak
Posted by CUEPACS at 11:22 PG

Sumber http://www.cuepacs.blogspot.com/2012/03/perhimpunan-penjawat-awam-bersama.html

Semakan SBPA siap awal April

KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.

 

“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.

 

Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.

“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.

Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.

Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.

Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.

Sahkan naik pangkat sebelum laksana SBPA

KESATUAN guru mendesak Kementerian Pelajaran mengesahkan terlebih dahulu mengenai kenaikan pangkat yang sudah dinilai mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum menguatkuasakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mendakwa sejumlah jawatan kanan masih belum mendapat pengesahan kementerian walaupun penilaian, temu duga dan pembentangan sudah dilaksanakan pada Jun dan Julai tahun lalu.

Warga pendidikan kini serba salah kerana selepas menandatangani SBPA, syarat kenaikan pangkat berbeza berbanding SSM sedangkan mereka sudah dinilai mengikut SSM. – Abdullah Mamat, Pengerusi KGMMB.

Pengerusi KGMMB Cawangan Terengganu, Abdullah Mamat, berkata sebagai contoh beberapa penjawat Pengetua gred DG48 masih menunggu surat pengesahan kenaikan gred DG52, iaitu Pengetua Cemerlang.

“Apa yang berlaku guru, penolong kanan dan pengetua diberi notis singkat pada Disember lalu untuk menandatangani opsyen sebelum 28 Disember dan menerima SBPA.

“Warga pendidikan kini serba salah kerana selepas menandatangani SBPA, syarat kenaikan pangkat berbeza berbanding SSM sedangkan mereka sudah dinilai mengikut SSM,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran harus mewujudkan tempoh peralihan yang memadai untuk menyelesaikan semua kenaikan pangkat atau pelantikan jawatan kanan sebelum menguatkuasa SBPA.
Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) percaya Bahagian Sumber Manusia , Kementerian Pelajaran akan menyelesaikan isu berkenaan secara adil kepada semua pihak.

Presidennya, Adnan Hashim, berkata sebarang perjanjian yang sudah ditandatangani warga pendidikan di bawah SSM akan terpakai walaupun mereka menerima opsyen SBPA.

Beliau berkata, isu penangguhan pelantikan ke jawatan lebih tinggi itu membabitkan segelintir pegawai kanan manakala sebahagian besar warga pendidikan terutama guru biasa menyambut baik SBPA.

“Skim baru ini menyediakan gaji lebih lumayan kepada guru sekolah rendah atau menengah dan saya percaya kebanyakan guru menyambut baik SBPA,” katanya.

Berdasarkan SBPA, guru bukan siswazah menerima kenaikan gaji sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus.

Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah SSM kepada RM5,370 mengikut SBPA.

Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA.

Deraf Akhir Gaji Baru SBPA Yang Mungkin Akan Diguna Pakai 2012

Salam,

Kepada yang nak tau sgt formula gaji baru yang dikemukakan CUEPACS, silakan lihat lampiran ini..tengok gaji yang dikemukakan tak lari jauh mana pun..yang gred sokongan tu..kira Alhamdulillah lah..ada improvement..tapi yang best..gred DG 38 lebih tinggi dari DG 41…apapun, tunggu ia diumumkan sahaja.

TQ

Sharing is Caring

Sumber

 

Bayaran gaji kakitangan awam berdasarkan SSM

 

Bayaran gaji kakitangan awam berdasarkan SSM

2012/01/27
KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam mulai Februari akan dibuat berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) selepas kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan pembayaran baki perbezaan gaji Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

“Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat selepas semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” menurutnya. Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. – BERNAMA

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.